Kerajaan DAP P. Pinang calonkan senator dari anak orang kuat MIC walaupun dibantah ahli

Kerajaan Pulau Pinang menamakan anak bekas orang kuat MIC sebagai seorang daripada dua calon senator dari negeri itu walaupun ia tidak disenangi sesetengah penyokong akar umbi DAP.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow (PH-Padang Kota) membentangkan usul untuk mencadangkan Dr Lingeshwaran RA dan Amir Ghazali sebagai senator baru.

Kedua-dua mereka dicalonkan bagi mengisi kekosogan Lim Hui Ying dan Fadhlina Sidek yang meletak jawatan pada 4 Nov tahun lalu untuk bertanding dalam PRU ke-15.



Fadhlina merupakan ketua Wanita PKR dan dilantik sebagai menteri pendidikan selepas memenangi kerusi parlimen Nibong Tebal, manakala Lim (Tanjong) menjadi timbalannya.

Usul Chow disokong Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PH-Pinang Tunggal) sebelum ia diluluskan sebulat suara.

Kerajaan Pulau Pinang yang mempunyai dua kuota untuk dicalonkan sebagai senator, masing-masing satu untuk DAP dan satu untuk PKR.

Untuk rekod, Lingeshwaran merupakan anak kepada R Arunasalam, seorang ahli perniagaan terkenal dan bekas orang kuat MIC di Pulau Pinang.



Chow memberitahu DUN, doktor perubatan berusia 36 tahun itu merupakan pengarah Hospital Sungai Bakap dan sebelum ini bekerja di pelbagai jabatan di hospital Pulau Pinang selain berkhidmat di jabatan kesihatan negeri.

Amir ialah setiausaha politik kepada bekas ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Dia juga merupakan ketua penerangan PKR Pulau Pinang selain setiausaha kehormat Pemadam Pulau Pinang sejak 2019.

Ada perlembagaan, proses sendiri



Semalam, kira-kira 24 cawangan DAP Pulau Pinang berhimpun di hadapan ibu pejabat parti terbabit unuk menyatakan secara terbuka penolakan pencalonan Lingeshwaran.

Mereka mendakwa Lingeshwaran hanya menyertai DAP empat bulan lalu dan tidak memberi sebarang sumbangan kepada parti. Mereka juga mempersoalkan latar belakang keluarganya yang sangat dengan dengan MIC.

Ahli akar umbi DAP itu turut kecewa hati dengan keputusan parti mengetepikan calon yang telah bekerja keras untuk parti selama bertahun-tahun.

Setiausaha Organisasi DAP Steven Sim menjelaskan isu itu telah dibincangkan secara menyeluruh di pelbagai peringkat kepimpinan.



Salah satu badan yang meneliti isu tersebut ialah jawatankuasa dianggotai lima pemimpin kanan DAP iaitu setiausaha agungnya, Anthony Loke, Lim Guan Eng (pengerusi), Gobind Singh Deo (timbalan pengerusi) M Kula Segaran (naib pengerusi) dan Nga Kor Ming (ketua ahli parlimen).

“Mereka yang hadir memberikan pandangan mereka secara bebas dalam mesyuarat itu,” katanya.

Sim turut menggesa ahli DAP supaya menghormati perlembagaan parti kerana jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) telah memberikan mandat penuh kepada jawatankuasa lima orang itu pada 11 Okt tahun lalu untuk memutuskan semua perkara berkaitan pencalonan.

“Kita parti demokrasi, semua orang boleh menyuarakan pandangan mereka melalui saluran yang sepatutnya.



“Tetapi kita harus ingat kita mempunyai perlembagaan dan proses kita sendiri.

“Semua orang mesti menghormati itu. Sebaik sahaja keputusan dibuat, kita bersolidariti bersama,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker