Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus – wakil rakyat Umno

Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus – wakil rakyat Umno

Seorang wakil rakyat kerajaan berkata, tindakan mengadakan pilihan raya berasingan perlu dihentikan kerana ia menyebabkan kerajaan hilang fokus membantu rakyat dan membangunkan ekonomi.

Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata, sepanjang lima tahun lalu kerajaan membelanjakan RM1.5 bilion, tidak termasuk PRN di enam negeri yang akan diadakan tahun ini.



“Kita dah lalui lima tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk kita lalui PRK, PRN dan PRU baru-baru ini. Dalam tempoh beberapa bulan lagi, kita akan tempuhi PRN di beberapa negeri.

“Ini semua akan menyebabkan negara hilang fokus untuk membantu rakyat dan membangunkan negara kerana terpaksa tumpukan pada PRU dan PRN,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.

Justeru, beliau mencadangkan “reset election” atau PRU dan PRN diadakan serentak bagi mengurangkan perbelanjaan negara, selain pembangunan negara dapat diteruskan.

“Biar kita buat sekali serentak, sama ada PRU atau PRN dan selepas itu mana-mana pihak yang diberi mandat boleh memikirkan bagi lima tahun akan datang, fokus untuk membangunkan negara dan negeri masing-masing.



“Tak payah lagi fikir nak adakan PRN selepas itu kita nak pergi ke negeri ini…lepas itu parti politik nak bincang pula soal duit, bajet dan sebagainya….ini semua kita kena hentikan.”

Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor akan mengadakan PRN tahun ini.

Pada 22 Feb lalu, enam negeri itu sepakat mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri dalam dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN. FMT

Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus – wakil rakyat Umno



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”



A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker