Tergantung dan terkunci dalam bilik, warga emas ditemui mati

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dengan tali, di siling rumahnya di Taman Alam Jaya, Cheras, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 1.25 petang tadi.

Katanya seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussin Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dalam keadaan tergantung pada siling.

“Mayat mangsa ditemui di dalam bilik di rumah berkenaan yang disewa oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, anggota bertugas terpaksa membuka pintu rumah berkenaan yang berkunci.

“Anggota bomba kemudian menurunkan mayat mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker