China hasilkan kereta terbang dengan jarak paling jauh

China hasilkan kereta terbang dengan jarak paling jauh

AutoFlight berjaya melakukan penerbangan electric vertical take-off and landing (eVTOL) dengan jarak paling jauh di dunia, dengan jarak 250.3 kilometer (km), menggunakan bateri ion litium yang dicas sekali sahaja.

eVTOL merujuk kepada kenderaan terbang yang mampu berlepas dan mendarat tanpa menggunakan landasan khusus.



Menurut syarikat itu, penerbangan di kemudahan ujian eVTOL AutoFlight di Jining, wilayah Shandong, pada 23 Februari lalu itu membabitkan 20 pusingan pada laluan penerbangan yang ditetapkan.

Pesawat itu dipandu dari jarak jauh oleh pasukan ujian penerbangan AutoFlight.

Penerbangan itu diiktiraf sebagai penerbangan pesawat elektrik sepenuhnya, dengan jarak paling jauh dalam sejarah.

Presiden AutoFlight, Omer Bar-Yohay berkata, penerbangan ujian jarak jauh ini adalah peristiwa penting dalam pembangunan pesawat Prosperity I, miliknya.



Katanya, ia menjalani ujian berterusan ke arah matlamat pensijilan kelayakan udara syarikat pada 2025 dengan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA).

Sebelum ini, penerbangan paling jauh untuk eVTOL adalah dengan jarak 248.8 km yang dilancarkan oleh Joby Aviation, sebuah lagi syarikat eVTOL yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat, pada 2021.

Teknologi eVTOL yang selamat dan boleh dipercayai juga dianggap sebagai penyelesaian penting dalam menyelesaikan kesesakan lalu lintas darat terutama pada waktu puncak.

Di seluruh dunia, semua jenis eVTOL sedang dibangunkan termasuk pembawa kargo, ambulans udara dan teksi udara, sama ada dikendalikan juruterbang atau tidak. HM



China hasilkan kereta terbang dengan jarak paling jauh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor



Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker