Kisah hangat penceraian selebriti Malaysia dan perjuangan hak di mahkamah

MINGGU ini beberapa selebriti tanah air dilihat ‘tunjuk muka’ hadir ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan kes masing-masing. Ada yang telah selesai secara baik dan ada juga kes masih tergantung menunggu perbicaraan seterusnya.

Kes sebutan pertama tuntutan hak penjagaan anak oleh pelakon Adam Shahz terhadap bekas isterinya, Fatin Afeefa yang berlangsung pada 28 Februari lalu nampaknya memasuki episod lebih dramatik selepas wanita itu memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula tarikh sebutan kes iaitu pada 17 April depan bagi mendapatkan kemas kini tuntutan kedua-dua pihak.

Peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Adam memberitahu, pihak defendan iaitu Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan permohonan pindaan iaitu hal lawatan yang difailkan plaintif (Adam) sebelum ini.

KEMELUT perebutan hak penjagaan anak antara Adam Shahz dan Fatin Afeefa masih berlarutan.

“Pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh,” kata Liyana.

Tambah Liyana, anak guamnya juga telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh anaknya daripada bekas isteri.

Sementara itu, Fatin diwakili peguam syarie, Aiman Abd. Rahman pula memberitahu akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Tiada apa yang saya nak cakap. Kita sudah masuk mahkamah dan akan selesaikan mengikut proses.

“Saya juga enggan beri sebarang kenyataan yang boleh memakan diri dan menghormati badan kehakiman,” tuturnya.

Tuntutan RM1 juta Lufya

Fokus media kemudiannya beralih kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar apabila membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac lalu.

Peguam mewakili bekas suami Lufya, Abd. Hadi Mohamad Salleh memberitahu, pengurusan kes tersebut adalah selepas selebriti itu memfailkan tuntutan kepada pihak mahkamah pada Oktober tahun lalu.

CHE Muhammad Hafiz terkejut dengan tuntutan mutaah dikemukakan bekas isterinya, Lufya berjumlah RM1 juta.

“Selepas tuntutan berkenaan, Lufya dan Dr. Che Muhammad Hafiz melalui proses sulh, namun proses itu tidak tercapai.

“Jadi kami sedang menunggu tarikh daripada mahkamah untuk sebutan kes seterusnya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr. Che Muhammad Hafiz ketika ditemui mengakui agak terkejut dengan amaun tuntutan mutaah RM1 juta oleh Lufya.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Julia Farhana Marin itu tetap menghormati tuntutan bekas isterinya. Dia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Alicia Amin tiba-tiba cerai

Khamis lalu, media juga tiba-tiba dikejutkan dengan berita perceraian model juga pelakon Alicia Amin bersama suaminya, Farzan Iqbal selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Ternyata berita tentang perceraian selebriti seksi itu mengejutkan ramai pihak apabila kedua-duanya langsung tidak pernah memberikan bayangan keretakan dalam rumah tangga mereka.

Kata Alicia, perceraian mereka berlaku secara baik dan bukan disebabkan isu kecurangan atau gangguan daripada pihak ketiga.

“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing.

“Selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan lagi pasangan suami isteri,” kata pelakon berusia 28 tahun itu.

HANYA sempat merasa menjadi suami isteri selama dua tahun, Alicia dan Farzan sepakat membawa haluan sendiri.

Alicia mengakui hubungan bersama bekas suami memang sudah lama retak menanti belah dan akhirnya tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

Seperti api yang membakar sekam, dalam diam-diam semuanya musnah.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sana ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model,” jelasnya.

Menjelang 7 Mac ini, tumpuan dan fokus media pastinya akan tertumpu pula terhadap sebutan pertama kes perceraian yang difailkan pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof.

Mengakui sudah berfikir semasak-masaknya, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, itu seboleh-bolehnya mahu segera diceraikan secara baik pada 7 Mac ini, yang sekali gus jatuh pada tarikh ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker