Nombor pendaftaran motosikal palsu, pasangan bawah umur ditahan

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal serta pemboncengnya perempuan berusia 16 tahun antara ditahan selepas didapati nombor pendaftaran motosikal digunakannya adalah palsu dalam sekatan jalan raya di Jalan Pahang, malam semalam.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) dalam sebuah hantaran di Facebook berkata, Operasi Motosikal Bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu bermula pada pukul 8 malam.

Katanya, sebanyak 248 helai saman POL 257 pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan itu.



“Dalam operasi tersebut turut ditahan seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun serta pemboncengnya perempuan berusia 16 tahun kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kesalahan dilakukan adalah di bawah Seksyen 29(1) AKK 1955 dan akan dituduh dibawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987,” katanya dalam hantaran itu.

Sehubungan itu, JSPTKL menasihati ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker