Kerajaan harus kawal drama, filem persenda Islam – Ustazah Asma

Platform dalam talian yang berada di luar kawalan LPF menjadi tempat untuk karya-karya yang bertentangan dengan Islam mula berkembang.

Kerajaan harus kawal drama, filem persenda Islam – Ustazah Asma

Agensi-agensi kerajaan harus bekerjasama dalam mengawal drama atau filem seperti “Mentega Terbang” yang menyentuh sensitiviti umat Islam, tegas penceramah bebas Asma’ Harun.

Beliau memuji tindakan pantas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengesahkan filem itu bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini.

“Selepas ini, Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam catatan di Facebook.

“Kerjasama semua agensi kerajaan yang berkaitan amat penting dalam menangani isu sebegini. Kita tidak mahu platform dalam talian yang berada di luar kawalan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjadi satu tempat untuk karya-karya yang bertentangan dengan Islam sebegini mula berkembang

Selain LPF, SKMM yang dihubungi FMT turut mengesahkan pihaknya tidak punya kuasa menapis mana-mana drama atau filem di platform Internet, namun sudah menghubungi platform penstriman Viu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Filem berdurasi 1 jam dan 44 minit itu sudah diturunkan tayangannya di platform Viu pada 27 Feb lepas, menurut SKMM.

Asma’ berkata, selepas menonton filem arahan Khairi Anwar Jailani itu, beliau bersetuju beberapa dialognya secara jelas mempersenda dan meremehkan umat Islam, bahkan membawa mesej pluralisme agama.

“Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, akan tetapi sedar atau tidak inilah antara bentuk normalisasi ideologi pluralisme agama yang mula meracuni pemikiran orang Islam,” tegasnya.

Pluralisme agama merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama, dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan jaminan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

Asma’ juga mengajak umat Islam untuk menyokong penggiat seni, Zabidi Mohamed yang mendapat surat tuntutan permohonan maaf daripada pasukan produksi filem kontroversi itu, atas ulasannya yang dimuat naik ke Facebooknya pada 25 Feb, 2 dan 3 Mac lepas.

Zabidi dituntut memadam catatannya di Facebook, berjanji tidak akan menerbitkan semula komennya dalam sebarang cara atau bentuk, serta membayar ganti rugi kerana didakwa mencemarkan reputasi mereka.

Terdahulu, tular sedutan babak tertentu dalam filem berkenaan yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging khinzir daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapa wanita itu membenarkannya keluar daripada Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu mengundang amarah di platform media sosial, dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. FMT

Kerajaan harus kawal drama, filem persenda Islam – Ustazah Asma

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker