Dicekup selepas 4 jam samun pemandu teksi

Dicekup selepas 4 jam samun pemandu teksi

KOTA TINGGI: Dua lelaki diberkas tidak sampai empat jam selepas menyamun seorang pemandu teksi warga emas di tepi jalan berhampiran Tokong Thai San Kong di Pengerang dekat sini semalam.

Ketua Polis Kota Tinggi Hussin Zamora berkata lelaki berusia 70 tahun itu disamun pada 4.30 petang semasa dalam perjalanan membawa kedua-dua suspek berusia 30-an tersebut yang merupakan penumpang dari Gelang Patah di Iskandar Puteri ke Pengerang.



Beliau berkata mangsa diacu pisau lipat di bahagian pinggang dan dipaksa menyerahkan dua telefon bimbit Nokia, wang tunai RM400 serta seutas jam tangan jenama Casio dianggarkan keseluruhan bernilai RM800, sebelum kedua-dua lelaki itu melarikan diri ke kawasan semak.

“Dalam tempoh tidak sampai empat jam selepas kejadian, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi berjaya menangkap mereka di kawasan semak berhampiran tempat kejadian.

“Selain itu, barangan milik mangsa yang disamun berjaya dirampas semula,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai tatu berbentuk labah-labah dan lipan yang disyaki ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08.



Hussin berkata kedua-dua lelaki itu juga mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah dengan seorang daripadanya masih dikehendaki dalam kes jenayah di Serendah pada 2022 dan Rawang, Selangor pada 2010.

Katanya mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. FMT

Dicekup selepas 4 jam samun pemandu teksi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker