Penggiat filem dapat surat tuntutan atas ulasan ‘Mentega Terbang’

Pengarah, penerbit dan penulis skrip filem itu menuntut Zabidi Mohamed memohon maaf kerana mendakwa filem terbabit menghina Islam.

Penggiat filem dapat surat tuntutan atas ulasan ‘Mentega Terbang’

Seorang “penggiat filem pendek patuh syariah” menerima surat tuntutan atas ulasannya terhadap filem bebas keluaran tempatan “Mentega Terbang”.

Pengarah “Mentega Terbang”, Khairi Anwar Jailani bersama empat yang lain – Tan Meng Kheng, Arjun Thanaraju, Vishnuvarman Ragunathan dan Ti-Teng Hui – menuntut Zabidi Mohamed memohon maaf terhadap kenyataan didakwa berbaur fitnah yang dimuat naik ke Facebook pada 25 Feb, 2 dan 3 Mac lalu.



Mereka mahu Zabidi memadam catatannya di Facebook, berjanji tidak akan menerbitkan semula komennya dalam sebarang cara atau bentuk, serta membayar ganti rugi kerana didakwa mencemarkan reputasi mereka.

Mereka memberi 48 jam kepadanya untuk menjawab surat tuntutan itu atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

Zabidi menerusi catatan di Facebook mendakwa filem itu “secara terang-terangan” menghina dan mempersendakan Islam, selain ia “usaha terancang untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia dan ‘target’ mereka adalah remaja”.

Beliau turut menamakan Tan, penerbit filem itu dan juga Khairi, Arjun, Vishnuvarman serta Ti sebagai penulis skrip dalam satu daripada catatannya.



“Dari mula hingga akhir cerita, naratif cerita ini penuh dengan elemen ‘blasphemy’. Bukan pada satu babak ini saja.”

Dalam catatan berasingan, Zabidi mengesahkan menerima surat tuntutan itu dan memaklumkan beliau akan menangani perkara itu di mahkamah.

“Demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia saya akan lawan.

“Jika ada peguam-peguam Muslim yang ingin bersama-sama saya dalam menjaga kesucian agama Islam, boleh PM saya,” tulisnya di Facebook.



“Mentega Terbang”, yang menyentuh persamaan dan perbezaan agama utama di Malaysia, dikritik orang ramai dan artis selepas ditayangkan di platform penstriman Viu.

Satu laporan polis sudah dibuat terhadap filem itu.

Rabu lalu, Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, filem itu jelas bertentangan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan.

Justeru, beliau mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan diambil terhadap filem kontroversi itu.



“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya,” katanya kelmarin. FMT

Penggiat filem dapat surat tuntutan atas ulasan ‘Mentega Terbang’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker