Peronda polis disaman cuai memandu

Kejadian berlaku ketika anggota terbabit sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

Peronda polis disaman cuai memandu

Seorang anggota polis disaman kerana cuai ketika membuat pusingan U sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan membabitkan kenderaan lain di Jalan PJS 3/9, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota berkenaan sedang menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum berlaku kemalangan itu pada 12.18 tengah hari.



“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila MPV (kereta peronda polis) jenis Honda Civic dipandu di lorong kiri membelok ke kanan untuk membuat pusingan U.

“Sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan saman dikenakan terhadap anggota polis berkenaan atas kecuaian semasa memandu.

“Pihak polis menasihatkan semua pengguna supaya tidak melanggar peraturan jalan raya yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya.



Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video membabitkan kemalangan berkenaan.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat, kelihatan kenderaan polis itu tiba-tiba membuat pusingan U di jalan dua hala dan bukannya di laluan yang dikhaskan untuk pusingan U. FMT

Peronda polis disaman cuai memandu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker