Digigit buaya ketika redah banjir

Digigit buaya ketika redah banjir

Seorang remaja digigit buaya di sebuah komuniti terpencil yang dilanda banjir di Wilayah Utara Australia.

Pihak berkuasa berkata, budak lelaki itu mengalami luka kecil di kakinya dan dirawat di klinik tempatan.

Menteri Kerajaan Tempatan, Chancey Paech menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan buaya yang terlepas dari sungai yang melimpah akibat hujan lebat.

“Penduduk perlu lebih cakna dan sentiasa berjaga-jaga. Apabila tebing sungai runtuh, pasti akan ada buaya yang berkeliaran ada mana-mana,” katanya.

Pasukan Pertahanan Australia dikerahkan ke kawasan itu bagi membantu memindahkan orang ramai yang terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air.

Paech berkata, kira-kira 700 orang termasuk 35 dengan keperluan perubatan diterbangkan keluar dari Kalkarindji, kira-kira 770 kilometer ke selatan Darwin, selepas air Sungai Victoria melimpah melepasi tebing.

“Pertahanan Australia telah memberi kami dua pesawat C130 dan satu C27 dan mereka sedang berusaha untuk menerbangkan mangsa yang dipindahkan ke Katherine,” tulisnya di laman Twitter.

Mangsa banjir yang dipindahkan ditempatkan di bekas kemudahan kuarantin Covid-19 dan Howard Springs di mana kanak-kanak boleh menghadiri sesi persekolahan seperti biasa. Utusan

Digigit buaya ketika redah banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker