Kuala Lumpur Tangga Ke-3 Destinasi Global Paling Popular…Pulau Pinang, Johor Bahru Turut Tersenarai

Kuala Lumpur Tangga Ke-3 Destinasi Global Paling Popular…Pulau Pinang, Johor Bahru Turut Tersenarai

WALAUPUN Malaysia mengalami cuaca panas dan lembab sepanjang tahun, namun percutian musim panas tetap menjadi perhatian.

Buktinya, platform percutian digital, Agoda mengumumkan senarai destinasi paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Nampaknya pelancong dari Malaysia berpusu-pusu ke destinasi baharu di seluruh dunia dengan United Kingdom (UK), India, Perancis, Switzerland dan Filipina antara tersenarai sebagai 10 destinasi antarabangsa teratas bagi percutian musim panas ini.

Penang has been ranked the third best island in the world and first in Asia to retire in 2021. - Filepic

Pulau Pinang tersenarai dalam 15 destinasi global paling popular 2022.

Selain itu, destinasi dalam negara tetap menjadi pilihan dengan Kuala Lumpur muncul sebagai destinasi percutian domestik paling popular, diikuti oleh Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Ini menunjukkan bahawa warga Malaysia gemar bercuti di destinasi bandar dan pantai.

Bagi peringkat global, tiga destinasi di Malaysia merangkul kedudukan dalam senarai 15 destinasi percutian musim panas teratas, dengan Kuala Lumpur di tempat ketiga (3), Pulau Pinang (10) dan Johor Bahru (14).

Dalam senarai tersebut Bangkok di Thailand mengungguli tempat pertama bagi perjalanan musim panas pada 2022.

bangkok travel

Bangkok merupakan destinasi global paling popular 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern berkata, pihaknya menyaksikan kembalinya perjalanan merentas sempadan di seluruh dunia, apabila sekatan telah dilonggarkan.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa orang ramai menantikan untuk bercuti ke luar negara semula dan memanfaatkan sepenuhnya percutian dengan melawat destinasi domestik dan antarabangsa di Asia.

“Mengimbau kenangan serta mengunjungi semula destinasi-destinasi yang pernah mereka gemari merupakan tema percutian musim panas ini.

“Melalui Agoda, kami menyasarkan untuk menyediakan pilihan pelancongan terbaik dalam laman web dan aplikasi dengan menawarkan penempahan penginapan, tiket penerbangan serta aktiviti menarik apabila sektor pelancongan mula pulih seperti sediakala,” katanya dalam satu kenyataan.

jb travel

Johor Bahru turut menjadi pilihan popular dalam kalangan pelancong.

Berikut destinasi global paling popular 2022:

1. Bangkok, Thailand
2. Pulau Jeju, Korea Selatan
3. Kuala Lumpur, Malaysia
4. Tokyo, Jepun,
5. Seoul, Korea Selatan
6. Singapura
7. Bali, Indonesia
8. Pattaya, Thailand
9. Manila, Filipina
10. Pulau Pinang, Malaysia
11. Hong Kong
12. Busan, Korea Selatan
13. Osaka, Jepun
14. Johor Bahru, Malaysia
15. Taichung, Taiwan
Para pelancong boleh mendapatkan tawaran percutian terbaik dan juga maklumat terkini berkenaan kawalan sempadan atau sekatan kuarantin di www.agoda.com.

Kuala Lumpur Tangga Ke-3 Destinasi Global Paling Popular…Pulau Pinang, Johor Bahru Turut Tersenarai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker