Onn Hafiz dakwa Johor dianaktirikan sejak 2018

Onn Hafiz dakwa Johor dianaktirikan sejak 2018

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mendakwa, Johor seolah-olah dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan sejak ketidakstabilan politik melanda negara bermula 2018.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat hari ini apabila hanya 79 projek baharu yang dibawa masuk ke negeri itu dengan peruntukan tidak sampai RM100 juta.

“Peruntukan yang diterima oleh Johor bagi ‘rolling plan’ kedua tahun ini adalah berjumlah RM4.6 bilion membabitkan 434 projek, walaupun peruntukan meningkat, kebanyakannya adalah projek sambungan.



“Bagi projek baharu hanya membabitkan 79 projek sahaja iaitu dengan peruntukan hanya RM85.5 juta atau hanya 2% daripada jumlah peruntukan bagi 2022,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru hari ini.

Pada 16 Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan meluahkan kekecewaan baginda terhadap kerajaan Persekutuan dan meminta peruntukan lebih tinggi untuk negeri itu.

Baginda dilaporkan bertitah, kerajaan persekutuan digesa memberi peruntukan yang lebih banyak pada Johor berikutan setiap tahun hampir RM13 bilion hasil Persekutuan telah dikutip di negeri ini.



Sementara itu, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap berkata, negeri dan negara menjadi tidak stabil selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kerajaan pusat ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Katanya, jawapan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan federalisme ini bukanlah melalui ‘all state committee’ tetapi dengan kestabilan yang hanya akan wujud jika ada kerajaan yang stabil.

“Oleh itu, saya merayu kepada seluruh Bangsa Johor untuk tidak mengambil risiko lagi. Pada PRU yang akan datang, kembalikanlah kestabilan negara dengan memilih kerajaan yang boleh membawa kestabilan.

“Janganlah kita membenarkan diri untuk jatuh dalam perangkap dan lubang gelap yang sama, lantas dipatuk pula oleh ular yang sama, buat kali kedua,” katanya. FMT



Onn Hafiz dakwa Johor dianaktirikan sejak 2018


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker