Lengkap vaksinasi antara syarat mengundi PRN Melaka

Lengkap vaksinasi antara syarat mengundi PRN Melaka

Antara syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pengundi pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah lengkap vaksin Covid-19 sepenuhnya.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh hari ini setelah mengumumkan tarikh pengundian.



“SOP kita di pusat mengundi juga ketat. Syarat-syarat seperti dah lengkap dua dos vaksin, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal. Justeru kita merayu agar semua pengundi lengkapkan vaksin dahulu.. kita ada masa lagi,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Definisi kerajaan mengenai “lengkap vaksin sepenuhnya” adalah 14 hari selepas dos kedua untuk vaksin jenis dua dos dan 28 hari selepas dos vaksin jenis satu dos.

Menurut data Kementerian Kesihatan, 104.8 peratus populasi dewasa Melaka sudah “divaksinasi sepenuhnya”. Angka itu kemungkinan anggaran yang berlebihan kerana Kementerian Kesihatan bergantung pada data penduduk dari banci 2010.

Pilihan raya akan diadakan pada 20 November.



Perubahan penting lain untuk pilihan raya akan datang ini, kata Abdul Ghani, adalah “slot waktu yang disyorkan” untuk mengurangkan kesesakan.

“Kita akan beri cadangan masa keluar mengundi melalui sistem kita seperti yang digunakan di aplikasi MySejahtera. Pengundi juga usah keluar mengundi serentak pada sebelah pagi. Kalau boleh, warga emas sebelah pagi dan tengah hari sikit untuk orang muda,” katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani mengatakan daftar pengundi yang diperbaharui pada Q2 2021 akan digunakan untuk pilihan raya ini.

Dia mengatakan bahawa SPR menjangkakan 70 peratus akan keluar mengundi. Mk



Lengkap vaksinasi antara syarat mengundi PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker