Bakar rumah keluarga kerana buat laporan polis

Polis berkata kejadian itu menyebabkan 12 penghuni termasuk suspek kehilangan tempat tinggal.

Bakar rumah keluarga kerana buat laporan polis

MUKAH: Berang selepas mengesyaki ahli keluarga melaporkan penglibatannya dalam aktiviti dadah, seorang lelaki bertindak membakar rumah keluarganya di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo, malam tadi.

Ketua Polis Mukah, Muhamad Rizal Alias, dalam kenyataan berkata kejadian kira-kira 7.40 malam itu menyebabkan 12 penghuni termasuk suspek kehilangan tempat tinggal.



“Suspek yang merupakan penganggur berusia 30 tahun dikatakan memulakan kebakaran itu di bahagian belakang rumah tersebut. Lebih kurang 7.40 malam pemilik rumah yang juga abang kepada suspek terdengar suspek memanggil ahli keluarganya untuk keluar memadamkan api.

“Apabila mangsa dan semua ahli keluarga keluar dari rumah, mereka mendapati bahagian belakang rumah terbakar dan api sedang merebak. Semua mereka dapat menyelamatkan diri tetapi tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang peribadi di dalam rumah tersebut,” katanya.

Suspek yang disyaki berada bawah pengaruh dadah kemudian ditahan ahli keluarganya dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Anggota Jabatan Bomba Mukah berjaya memadamkan api, namun rumah tersebut musnah keseluruhannya.



Suspek yang mempunyai rekod lampau bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata kini direman untuk siasatan lanjut. FMT

Bakar rumah keluarga kerana buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri



Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker