Hubungan sulit jadi motif Myvi penghantar barang ‘dibom’

Hubungan sulit jadi motif Myvi penghantar barang ‘dibom’

SHAH ALAM – Hubungan sulit dikatakan menjadi punca sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik penghantar barangan dan parcel ‘dibom’ dalam kejadian di Padang Jawa, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu diketahui hasil siasatan lanjut terhadap kes tersebut dan usaha sedang dilakukan bagi menangkap suspek yang terlibat.

“Motif disyaki kerana mangsa ada skandal (hubungan) dengan seorang wanita. Ini lebih kepada isu peribadi dan kita masih mengumpul keterangan cukup untuk tangkapan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penghantar barangan dan parcel terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya ‘dibom’ dalam kejadian di hadapan rumahnya di Padang Jawa, di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi pada 17 Februari lalu, bumbung kenderaan milik lelaki berusia 35 tahun tersebut didapati berlubang disyaki terkena bahan letupan.

Kosmo! difahamkan bahan letupan itu dibuat menerusi pengumpulan belerang dari mercun bola dan dibuat sumbu sendiri sebelum dibakar.

Setakat ini 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. K Online

Hubungan sulit jadi motif Myvi penghantar barang ‘dibom’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker