Kita mesti panggil bomoh Indonesia – Teong Kim

Kita mesti panggil bomoh Indonesia – Teong Kim

Ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim berseloroh bahawa pasukannya perlu memanggil bomoh dari Indonesia untuk membantu mereka bertindak lebih tajam dan mencipta kemenangan sulung musim ini.

Teong Kim belum menikmati kemenangan dalam dua penampilannya sebagai jurulatih di pentas Liga Super apabila tewas 1-4 kepada Kedah Darul Aman dalam aksi pertama dan terikat tanpa jaringan berdepan PDRM FC, semalam.



Ketika temu bual bersama stesen TV swasta selepas aksi berdepan PDRM, Teong Kim ditanya apa lagi yang perlu dilakukan Perak untuk perlawanan akan datang, beliau berkata: “Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia”.

Selain itu, dalam sesi temu bual sama, Teong Kim mengakui berpuas hati dengan corak permainan pasukannya, namun hanya kecewa dengan keputusan yang mereka capai.

Beliau berkata, Perak sepatutnya boleh mencipta kemenangan berdepan PDRM, tetapi ketumpulan dalam melakukan penyudah menyaksikan hasrat Bos Gaurus untuk meraih tiga mata tidak kesampaian.

“Mereka tidak jaringkan gol, itu sahaja. Peluang sudah ada, bukannya tidak ada. Peluang sudah pun dicipta.



“Peluang sudah ada di sana. Terpulang kepada individulah (untuk menyudahkannya). Saya cuma kecewa dengan keputusan saja, semua pemain sudah memberikan yang terbaik,” katanya. BH

Kita mesti panggil bomoh Indonesia – Teong Kim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker