Kutip rasuah tengah laut, penjawat awam antara direman

Kutip rasuah tengah laut, penjawat awam antara direman

ALOR SETAR: Seramai 10 individu, termasuk lima penjawat awam membabitkan tiga agensi penguatkuasaan di laut direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar di sini, hari ini, selepas mendapat permohonan pegawai penyiasat SPRM Putrajaya.

Terdahulu, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 57 tahun tiba diiringi pegawai SPRM di lokap mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut sumber, suspek dipercayai adalah lima anggota tiga agensi penguatkuasaan di laut dan lima orang awam, termasuk pemilik bot yang ditahan SPRM.

Tangkapan 10 individu ini adalah antara 19 yang diberkas SPRM selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah besar-besaran dan mengutip wang rasuah di tengah laut.

Tindakan diambil susulan pendedahan akhbar Harian Metro sejak Ahad lalu, berhubung kegiatan rasuah membabitkan anggota penguatkuasa di laut.

Pendedahan itu menggemparkan apabila berpuluh kakitangan dan pegawai penguatkuasa dikesan menerima suapan ‘duit haram’ secara bulanan sejak lebih lima tahun lalu.

Kegiatan itu berjaya dikesan SPRM susulan risikan dilakukan terhadap tiga agensi penguatkuasaan membabitkan agensi Jabatan Perikanan (DOF), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Kakitangan tiga agensi itu dikesan menerima rasuah diberikan pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ternakan ikan dalam bentuk wang tunai.

SPRM turut melakukan risikan sejak beberapa bulan lalu, terhadap semua agensi ini terutama membabitkan negeri di utara tanah air iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis selain turut membabitkan Pulau Langkawi. BH

Kutip rasuah tengah laut, penjawat awam antara direman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker