Amalan utama pada malam nisfu Syaaban

Amalan utama pada malam nisfu Syaaban

Insya Allah, seminggu lagi kita akan bertemu malam nisfu Syaaban iaitu malam yang diberkati selain dari malam lailatul qadar di bulan Ramadan. Nisfu bermaksud pertengahan atau kita gelar pertengahan Syaaban. Malam nisfu Syaaban juga disebut malam Laylatul Bara’ah iaitu malam yang penuh keberkatan, syafaat dan pertolongan.

Menurut Imam as-Syafie dalam kitab al-Umm,



“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban”

Manakala dari Muaz bin Jabal r.a. Baginda s.a.w. bersabda,

“Allah S.W.T. melihat makhluknya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluknya kecuali orang yang syirik, dan juga orang yang bermusuhan” HR al-Tabrani

Justeru kita sebagai hamba yang bertakwa kepada Allah S.W.T. disuruh untuk menghidupkan malam tersebut dengan beberapa amalan iaitu:



Pertama Memperbanyakkan berdoa.

Dalam sebuah hadis dari Abu Bakar r.a. Baginda s.a.w.

“Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syirik dan orang yang dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan)” HR al-Baihaqi

Tidak ada doa khusus yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. untuk dibaca pada malam tersebut. Oleh itu bacalah apa pun jua doa, dan mintalah sebanyak-banyaknya terutama keampunan dari Allah S.W.T.



Kedua Memperbanyakkan syahadah. Kalimah syahadah adalah kalimah yang paling mulia. Kalimah ini elok dibaca bila-bila masa pun terutama pada malam nisfu Syaaban.

Ketiga Memperbanyakkan istighfar. Selain dari kalimah syahadah, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan membaca istighfar sebagai bentuk permohonan ampun kepada Allah. Itu kerana pada malam tersebut Allah telah berjanji akan mengampunkan segala dosa hambanya kecuali dosa syirik.

Keempat Solat sunat terutama Qiamulail. Menurut Riwayat al-Hasan, para sahabat Nabi s.a.w. pernah menyampaikan kepadanya apa sahaja keutamaan solat nisfu Syaaban.

“Barang siapa yang mendirikan solat sunat di malam nisfu Syaaban maka Allah S.W.T. akan memandangnya sebanyak 70 kali. Dan setiap pandangan Allah akan mengabulkan 70 keperluannya. Adapun pandangan paling dekat adalah pengampunannya.” Semoga kita dapat menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan ibadah-ibadah yang dituntut dan beroleh rahmat dan pengampunan dari Allah S.W.T. Wallahu a’lam Utv



Amalan utama pada malam nisfu Syaaban

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini



Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker