Gencatan politik UMNO langkah terbaik untuk rakyat – Salleh

Gencatan politik yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam disifatkan sebagai langkah terbaik bagi menjamin keselamatan rakyat dan memastikan usaha memulihkan ekonomi negara tidak terjejas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata semua pihak tidak perlu mempolitikkan setiap isu yang timbul, menuding jari mencari salah siapa dan berebut kuasa.

Katanya, isu penting seperti kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat perlu diletakkan di atas bersama dengan keselamatan negara dan hala tuju ekonomi.

“Langkah ‘gencatan politik’ yang diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (semalam) mencerminkan semangat ini.



“Gencatan ini bukanlah bermaksud mengalah atau kalah tetapi meletakkan kepentingan diri di belakang kepentingan rakyat dan negara,” katanya ketika mengulas mengenai ‘gencatan politik’ UMNO dalam tulisan di blog beliau, semalam.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu, berkata dalam situasi sekarang, ahli politik dan parti perlu bekerja sebagai satu pasukan dengan mengenepikan perjuangan politik masing-masing.

“Ketepikan prejudis. Masing-masing ada pendapat, ada kepakaran. Bentuklah satu pasukan yang dapat berkhidmat untuk rakyat. Ini dikira juga sebagai normal baharu,” katanya.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, tindakan ahli politik yang bermain politik 24 jam sehari ketika negara berdepan krisis besar ketika ini adalah sangat dikesali.



Katanya, pemimpin negara kini menghadapi satu ujian yang besar, manakala rakyat sedang berhadapan dengan masa hadapan yang kian pudar.

Dalam satu kenyataan semalam, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan bahawa UMNO mengambil pendirian mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi tumpuan terhadap agenda membantu rakyat dan negara berdepan pandemik COVID-19 serta kegawatan ekonomi. BH

Gencatan senjata politik Umno-PPBM tidak akan bertahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker