TMJ-Pan Gon tiada rahsia

TMJ-Pan Gon tiada rahsia

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon sentiasa memberi kemas kini mengenai maklumat terbaru skuad kebangsaan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkongsian itu didedahkan sendiri Tunku Ismail menerusi laman Instastory peribadi beliau, hari ini.

Dalam perkongsian terbabit, ‘perkenalan’ Pan Gon dan Tunku Ismail tercetus selepas pengendali dari Korea Selatan itu memperkenalkan dirinya kepada pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan JDT menjulang Piala Sumbangsih.

“Apa yang Tunku lakukan untuk bola sepak Malaysia adalah sangat menakjubkan. Ia sudah melangkaui peringkat Asia dan saya sangat menghormati Tunku.

“Saya akan sentiasa memberikan perkembangan terkini mengenai pasukan kebangsaan dari semasa ke semasa. Dengan sokongan Tunku, saya akan terus bekerja keras demi kejayaan Malaysia.

“Saya memohon sokongan daripada Tunku,” kata Pan Gon dalam perbualan menerusi Whatsapp yang dikongsi Tunku Ismail.

Malah, Pan Gon turut memberi laporan mengenai perancangan pasukan kebangsaan bagi mengharungi beberapa aksi persahabatan serta tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga perbualan dipercayai selepas keputusan Tunku Ismail untuk berundur daripada urusan harian skuad Harimau Selatan dan menyerahkannya kepada pengurusan tertinggi pasukan.

“Apa yang Tunku lakukan untuk pasukan kebangsaan dan sokongan kepada pasukan kebangsaan sangat bagus. Tolong teruskan bersama kami dan menyokong bola sepak Malaysia.

“Tanpa kehadiran Tunku, semuanya akan musnah selepas ini. Tolong pertimbangkan mengenai keputusan Tunku,” katanya. BH

TMJ-Pan Gon tiada rahsia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker