Pakej prabayar Internet RM5 sebulan dilancarkan

Pakej prabayar Internet RM5 sebulan dilancarkan

Pakej Perpaduan, pakej prabayar internet mudah alih dilancarkan pada harga RM5 sebulan, lebih rendah dari pasaran hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata pakej terbabit adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan B40 termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.



“Usaha berkenaan adalah untuk meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi termasuk internet yang berkualiti dengan harga mampu milik.

“Kerjasama erat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pihak industri yang sentiasa memberikan sokongan padu akan dapat memastikan pelaksanaan pakej berkenaan berjalan lancar dan sampai ke golongan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.



“Langkah penurunan harga berkenaan jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius oleh kerajaan.

“Kerjasama berkenaan juga membuktikan bahawa kerajaan bersama-sama penyedia perkhidmatan telekomunikasi amat peka dengan keperluan dan kebajikan rakyat,” kata.

Katanya, pakej berkenaan menawarkan 30 Gigabyte data dengan kelajuan 3Mbps dengan hanya RM30 dan pakej berkenaan adalah sah untuk digunakan dalam tempoh enam bulan.

“Pakej berkenaan memberikan kuota dan kelajuan yang lebih baik berbanding pakej-pakej sebelum ini.



“Internet kini bukanlah lagi perkhidmatan mewah tambahan tetapi menjadi keperluan seperti bekalan air dan elektrik khususnya selepas negara dilanda pandemik COVID-19 dan pengenalan kepada pembudayaan norma baharu,” katanya.

Katanya, inisiatif berkenaan diharapkan dapat membantu golongan sasaran untuk memanfaatkan platform digital dan mengambil peluang dalam ekonomi digital untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, seterusnya membantu membina ekonomi digital Malaysia. BH

Pakej prabayar Internet RM5 sebulan dilancarkan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker