Lelaki cedera di kepala, perut diserang dengan parang

Lelaki cedera di kepala, perut diserang dengan parang

KULAI – Seorang lelaki berusia 44 tahun cedera parah selepas diserang enam lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian rusuhan yang dilaporkan berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Senai Utama, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, rusuhan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 1.30 pagi dan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian perut dan kepala telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah menjalankan beberapa serbuan sejak dua hari lalu.

“Serbuan yang dibuat di sekitar Senai telah berjaya menahan seramai enam lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, siasatan awal mendapati punca rusuhan itu adalah disebabkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan kumpulan suspek dan polis masih mencari beberapa individu yang dipercayai turut terlibat dalam insiden berkenaan.

“Sementara itu, mangsa kini dilaporkan sedang berada dalam keadaan stabil, manakala semua suspek yang ditahan telah dikenakan perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” jelasnya.



Dalam pada itu, Beng Yeow turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohammad Azri di talian 010-7647789. K Online

Lelaki cedera di kepala, perut diserang dengan parang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker