Imam surau pun wajar dapat bantuan khas RM600 – Guan Eng

Imam surau pun wajar dapat bantuan khas RM600 – Guan Eng

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan bantuan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak dalam Belanjawan 2023 turut merangkumi jawatan sama di surau.

“Saya melawat surau, berbincang dengan imam, tok siak surau dan lain-lain, jadi saya ingin bertanya sama ada insentif RM600 itu turut diberikan kepada masjid sahaja atau surau juga?



“Saya ingin mencadangkan agar ia juga diberikan kepada surau, supaya ia dapat dikongsi dalam kalangan sukarelawan mereka,” katanya di Dewan Rakyat.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu turut berkata, kemenangannya dalam pilihan raya umum lalu disebabkan hubungan baiknya dengan umat Islam di kawasannya selain pengundi kawasan terbabit.

“Sebab itu saya menang dalam saluran satu hingga lima, dan hanya kalah di saluran enam dan tujuh,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lalu, kerajaan memperuntukkan bantuan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kafa dan guru takmir.



Perdana menteri yang juga menteri kewangan, Anwar Ibrahim memberitahu, bantuan tersebut memberi manfaat kepada seramai 70,000 orang dengan melibatkan peruntukan lebih RM40 juta. FMT

Imam surau pun wajar dapat bantuan khas RM600 – Guan Eng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker