Annuar bersedia menyertai parti politik setelah berehat 3 bulan

Annuar bersedia menyertai parti politik setelah berehat 3 bulan

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berharap ada parti politik sudi menerimanya sebagai ahli biasa bagi meneruskan semula perjuangan politik secara berparti.

“Tiba masanya kini untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya serta yang benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka,” katanya di Facebook.

Katanya, walaupun tidak berparti selama tiga bulan, namun sepanjang tempoh tersebut beliau tetap memerhati arus dan pola politik negara.

“Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu) saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya, sehingga saya dibuang dari parti tersebut Disember lalu,” katanya.

Disember lalu, Annuar dipecat Umno susulan kritikannya terhadap presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, selain didakwa membantu kempen parti lawan pada PRU15.

Annuar kemudian “mengaktifkan” NGO Muafakat Nasional dengan dirinya sebagai presiden, yang berperanan merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. FMT

Annuar bersedia menyertai parti politik setelah berehat 3 bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker