‘Autogate’ dibuka pada warga asing bagi kurangkan sesak di KLIA

‘Autogate’ dibuka pada warga asing bagi kurangkan sesak di KLIA

Sistem pagar automatik (autogate) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) akan dibuka kepada warga asing, bermula petang ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, inisiatif itu antara langkah membantu mengurangkan kesesakan di lapangan terbang terbabit.



“Petang ini akan maklumkan pembukaan semua ‘autogate’ di KLIA untuk warga asing terutama negara berisiko rendah seperti Singapura, Brunei, New Zealand, dan negara G7.

“Sebelum ini untuk rakyat kita sahaja keluar dan tidak (untuk) warga asing. (Ini) dapat kurangkan (kesesakan) sementara ada lagi ikhtiar (akan) susun,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kesesakan berlaku di KLIA.

Saifuddin juga akui kesesakan bertambah teruk apabila musim cuti sekolah masa ini terutama waktu kemuncak ketibaan pada 3 petang hingga 11 malam.



“Perlu uruskan dengan baik. Saya akui masalah dan ikhtiar usahakan memaklumkan beberapa langkah (untuk atasi kesesakan),” katanya. FMT

‘Autogate’ dibuka pada warga asing bagi kurangkan sesak di KLIA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker