Kejutan manis buat Abah, Ma

Kejutan manis buat Abah, Ma

Pasir Putih: “Abah dan ma (ibu) selalu mengutamakan keperluan kami tujuh beradik dan sekarang ini adalah masa kami membalas jasa mereka,” kata Nur Nadhirah Ariffin.

Nur Nadhirah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas video kejutan sebuah kereta Honda BRV yang dihadiahkan kepada ibu bapa yang dimuat naik di akaun TikToknya yang tular baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, kakak keduanya, Nur Athirah, 32, membuat kejutan dengan menyerahkan dokumen kereta yang dibeli tunai untuk ibu bapa, Ariffin Ali, 61, dan Marliza Abdullah, 53.

Berkongsi cerita, Nur Nadhirah berkata, kereta itu diberikan pada majlis perkahwinan Nur Athirah di rumah ibu bapa mereka, di sini pada Disember lalu.

Menurutnya, kereta itu dibeli dengan wang yang dikumpul bersama adik beradiknya dengan kejutan itu pada mulanya dirancang kakaknya yang juga pemilik sebuah kedai kosmetik di Shah Alam.

“Kakak memberitahu cadangannya itu sebelum kami sepakat mengumpul wang bersama bagi membeli kereta buat abah dan ma. Kakak juga penyumbang terbesar merealisasikan kejutan bermakna ini.

“Ketika kakak memberi kejutan itu, abah terkejut dan tidak percaya apabila melihat kereta itu. Abah dan ma gembira dengan hadiah kami, malah turut berterima kasih serta mendoakan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bapanya yang berkerja sebagai pemandu lori seorang yang pendiam tetapi mementingkan keperluan keluarga hingga tidak mahu menukar kereta yang dipakainya sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, biarpun Toyota Unser bapanya selalu rosak tetapi lelaki itu tidak pernah merungut atau meminta kereta baru.

“Kereta itu banyak berjasa termasuk menghantar kami ke universiti tetapi sekarang kereta itu sudah banyak ‘ragam’, malah bawa jalan jauh juga kami bimbang kalau kereta abah rosak di tengah jalan.

“Abah masih setia dengan kereta itu sejak sekian lama biarpun sebelum ini dia mampu memakai kereta lebih baik tetapi dia tidak berbuat demikian kerana dia lebih mengutamakan persekolahan dan keperluan kami,” katanya.

Berhubung video dikongsinya itu, Nur Nadhirah mengakui tiada niat mahu menunjuk sebaliknya dia hanya mahu berkongsi sesuatu yang baik untuk menghargai dan membalas jasa ibu bapanya.

“Video itu sudah lama dirakam tetapi saya baru saja kongsi di TikTok, baru-baru ini kerana mahu berkongsi inspirasi yang positif dan menyimpan kenangan kami,” katanya yang juga anak ketiga. HM

Kejutan manis buat Abah, Ma

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker