Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

“Saya Seolah Dipukau, Dia Upah Wali Palsu” – Dah Ada 5 Anak, Pengasas Tudung Baru Sedar Pernikahan Tak Sah

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Seperti diketahui seluruh umat Islam, ketika mahu mendirikan rumah tangga, perkara asasnya adalah mempunyai wali, kerelaan kedua-dua belah pihak iaitu lelaki dan perempuan, dua orang saksi serta akad ijab qabul.

Bagaimanapun, siapa sangka pada zaman kini ramai saja pasangan suami isteri dianiaya kerana tanpa disedari telah terjebak dalam sindiket penipuan.



Seperti yang terjadi pada pengasas tudung bernama Datuk Seri Azlina Hanim Hasan. Beliau baru sedar bahawa perkahwinan bersama si ‘suami’ tidak sah setelah mempunyai lima orang cahaya mata.

Menurut Datuk Seri Azlina, bekas suami bergelar ‘Datuk’ itu telah mengupah seorang lelaki untuk menyamar sebagai ‘wali palsu’ dan hasil daripada siasatan, pemilik identiti sebenar wali tersebut sudah tiada sejak tahun 1964, sedangkan mereka ‘disatukan’ pada tahun 2013.

Bukan saja pemalsuan dokumen yang dilakukan, malah wanita tersebut baru mengetahui bahawa status ‘Datuk’ tersebut adalah duda sewaktu dia bernikah dengannya.

Pengasas tudung itu turut akui seolah rasanya dirinya dipukau dan sama sekali tidak kisah dengan pendaftaran pernikah sehinggalah dia melahirkan anak-anak.



Tindakan lanjut yang bakal dilakukan oleh Datuk Seri Azlina adalah menyaman lelaki terbabit sebanyak RM10 juta kerana menipu soal pernikahan dan memaklumkan dirinya tidak berstatus janda meskipun sudah hidup bersama hingga dikurniakan zuriat untuk beberapa tahun sekali gus menyebabkan beliau tiada tempoh edah. Bn

[videopress ogyxtaxH]

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker