Polis buru individu menyamar TMJ dapatkan projek

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan suspek yang mengaku sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi meminta sejumlah bayaran konon untuk urusan perniagaan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Komisioner M. Kumar berkata, polis Johor  menerima laporan pihak media Istana Johor berkenaan satu tangkap layar Instagram melalui ‘direct message’ dengan menggunakan akaun Tunku Mahkota Johor pukul 2.35 petang tadi.

Beliau berkata, tangkap layar tersebut memaparkan mesej suspek mengaku sebagai Tunku Ismail dan telah dihantar kepada beberapa pihak serta meminta sejumlah bayaran untuk urusan perniagaan.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengubah dan menggunakan gambar profil serta akaun Instagram Tunku Mahkota Johor agar mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Tunku Ismail.

“Setakat ini, dipercayai mesej itu telah diedarkan kepada lapan buah syarikat dan ada antaranya telah terpedaya dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diarahkan suspek untuk mendapatkan projek yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (penyamaran) yang mana boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya.

Tambah beliau, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh juga didenda.- KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker