Nilai Sendiri… 51 Bulan UMNO/BN Teraju Pahang, Sentiasa Bersama Rakyat – Wan Rosdy

Nilai Sendiri… 51 Bulan UMNO/BN Teraju Pahang, Sentiasa Bersama Rakyat – Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar rakyat menilai dengan baik selama 51 bulan pemerintahan kerajaan Negeri Pahang yang ditunjangi oleh UMNO/Barisan Nasional (BN).



Ini kerana katanya, kerajaan ini sentiasa ada bersama masyarakat di negeri tersebut dan sentiasa hadir dalam apa jua keadaan.

“Kepada semua ahli parti, jentera dan rakyat negeri Pahang, saya harap mereka dapat menilai selama 51 bulan saya menjadi Menteri Besar, melihat kepada apa yang telah kerajaan negeri Pahang buat kerana kami sentiasa bersama mereka.

“Ini dapat kita lihat semasa berlakunya pandemik COVID-19. Begitu juga dengan banjir, yang tampil ke hadapan dan memberi bantuan serta pertolongan kepada mereka adalah kita (UMNO/BN),” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Bersama UMNO Bahagian Negeri Pahang di Kuantan pada Selasa.



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai turut berkata, kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan hampir RM100 juta pada tahun lepas dan tahun ini bagi memberikan bantuan yang menyeluruh kepada rakyat.

“Sebagai contoh, pada tahun lepas kita memperuntukan RM70 juta dalam bantuan Prihatin Pahang. Pada tahun ini sahaja, enam bulan yang pertama kita telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk memberi bantuan yang menyeluruh kepada rakyat.

“Daripada ibu yang melahirkan bayi, sehinggalah yang meninggal dunia akibat COVID-19. Termasuklah kepada murid yang memasuki darjah satu, pasangan yang berkahwin kali pertama dan tidak dilupakan kepada warga emas, kita berikan kad kesihatan bernilai RM500 supaya mereka boleh pergi kepada doktor-doktor swasta untuk pemeriksaan atau rawatan kesihatan. Banyak lagi bantuan yang kita berikan, kalau tidak silap saya sehingga 17 kluster bantuan.”

Tambah Wan Rosdy lagi, beliau yakin dan percaya rakyat akan menilai dengan baik sekiranya UMNO/BN telah menjalankan tugas dengan baik untuk meringankan beban mereka.



“Saya harap, percaya dan yakin sekiranya kita telah menjalankan tugas dengan baik, rakyat akan dapat menilai,” katanya.

Pahang merupakan benteng terakhir UMNO/BN apabila mereka masih berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 meskipun negara dilanda tsunami politik yang menyebabkan BN gagal mempertahankan pentadbiran kerajaan Persekutuan. – UMNO Online

Nilai Sendiri… 51 Bulan UMNO/BN Teraju Pahang, Sentiasa Bersama Rakyat – Wan Rosdy

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker