Johari Ghani kritik kerajaan, tadbir negara bukan jalankan perniagaan

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani mengkritik kecenderungan kerajaan untuk menjalankan perniagaan kerana berpendapat mereka sebaliknya perlu fokus kepada urusan pentadbiran negara.

Malah katanya kesan gandaan ekonomi daripada kerahan sektor swasta akan mencipta lebih banyak pekerjaan.

“Itu yang sepatutnya dilakukan kerajaan, bukannya berniaga. Pemerintah (harus) tumpu pada mentadbir kerajaan dan mengutip cukai.



“Apabila kerajaan mula berniaga, di situlah banyak masalah timbul,” katanya seperti dilaporkan dalam temu bual bersama portal FMT hari ini.

Bekas menteri kewangan kedua itu berkata demikian dengan mengambil contoh pelaksanaa projek 5G yang katanya langkah paling wajar adalah kerajaan berurusan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi secara langsung berbanding menubuhkan Digital Nasional Bhd (DNB).

Menurut Johari kerajaan menubuhkan syarikat untuk berurusan dengan syarikat telekomunikasi tetapi mereka tiada keyakinan terhadap entiti kerajaan itu.

Mengulas lanjut Johari berkata itu antara sebab mengapa kemajuan pelancaran 5G ketika ini hanya sekitar 40 peratus, iaitu apabila pelaksanaannya tidak mendapat sokongan penuh pemain industri.



“Sekiranya pelaksanaan itu tidak berjaya, kerajaan yang membelanjakan kira-kira RM16.5 bilion untuk prasarana 5G bagi 80 peratus liputan tidak akan dapat semula pelaburannya.

“Tetapi jika anda berikan kepada sektor swasta, mereka tahu cara mengendalikannya. Kita hanya perlu pastikan kita mengawal mekanisme untuk memastikan ia memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat,” katanya dipetik sebagai berkata.

Dia turut menganggarkan hasil kira-kira RM5 hingga RM6 bilion boleh diraih daripada pajakan spektrum kepada penyedia rangkaian dan mengambil contoh kaedah dilaksanakan kerajaan Thailand yang tidak menubuhkan entiti baru bagi projek sama.

“Apabila kerajaan Thailand mahu melaksanakan 5G, mereka tidak menubuhkan entiti baru untuk melaksanakannya. Ia dilancarkan dengan pantas dan lancar,” katanya.



DNB ditubuhkan kerajaan untuk menyediakan infrastruktur rangkaian 5G Malaysia.

Bagaimanapun, pengkritik sebelum ini mempersoalkan keperluan kerajaan melibatkan diri dalam sektor telekomunikasi dan melahirkan kebimbangan mengenai kos usaha tersebut.

Putrajaya kini sedang menyemak kontrak rangkaian 5G bernilai RM11 bilion yang diberikan oleh DNB kepada gergasi telekomunikasi Sweden, Ericsson, oleh pentadbiran terdahulu.

Sehingga kini lima pengendali rangkaian mudah alih – U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (yang kemudian bergabung menjadi CelcomDigi), Telekom Malaysia Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd – telah menandatangani perjanjian 5G dengan DNB pada 30 Okt tahun lepas untuk menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.



Bagaimanapun, Maxis Berhad, syarikat telekomunikasi kedua terbesar di negara ini dengan kira-kira 20 juta pelanggan, masih belum menyertai program rangkaian 5G DNB.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker