Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO

Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO

Bekas ketua pergerakan wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil kembali ke medan politik dengan mengesahkan bahawa dia akan merebut semula jawatan lamanya pada pemilihan parti akan datang.

Dia yang pernah menjadi ketua wanita Umno sejak 2009, menghantar borang penamaan calon hari ini menerusi wakilnya Suhana Zam.

Suhana yang adalah pegawai media kepada Shahrizat pada 2018 mengesahkan dia menyerahkan borang berkenaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.

“Saya menyerahkan borang mewakili Tan Sri di ibu pejabat pagi tadi,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, borang tersebut dihantar pada kira-kira 11.20 pagi.

Ketika dihubungi, Shahrizat mengesahkan dia menawarkan diri sebagai ketua wanita.

“Saya sahkan menawarkan diri,” balasnya secara ringkas melalui teks.

Selepas hari dua dekad sebagai ketua wanita, Shahrizat mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti tahun 2018.

Dia berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil serius suara lantang rakyat yang mahu melihat pembaharuan dalam Umno, selain memberi peluang kepada muka baru.

Dilaporkan sebelum ini bahawa penyandangnya Noraini Ahmad mengesahkan bahawa dia juga akan mempertahankan jawatan itu.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan sayap Umno, termasuk Wanita, akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan. FMT

Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker