Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden

Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden

MELAKA – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menawarkan diri buat kali pertama bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti bulan depan.

Mohamad Ali berkata, keputusan itu dibuat setelah melihat ramai pemimpin UMNO tidak lagi menghormati institusi Presiden.

Beliau turut mengesahkan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang disandang sejak 2018 dan bakal dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin.

“Saya bertanding jawatan Ahli MKT ini juga atas desakan dalam kalangan pemimpin bahagian di seluruh negara dan saya menyahut cabaran ini untuk menawarkan diri. Saya sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara tidak mudah dibeli atau diperkotak-katikkan kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.

“Jika dipilih sebagai Ahli MKT, saya bersedia membantu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO,” katanya dalam sidang akhbar khas di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini malam tadi.

Beliau turut menamakan Datuk Abu Bakar Mohamad Diah sebagai calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Sazali Muhd. Din selaku calon Naib Ketua Bahagian.

“Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Rais cuma kita berdua menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian,” ujarnya. K Online

Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker