Salt Bae janji 5,000 hidangan sehari kepada mangsa gempa bumi

 

 

ANKARA –  Cef selebriti, Salt Bae  berjanji akan menyediakan 5,000 hidangan makanan sehari kepada mangsa gempa bumi kuat di Turkiye, lapor akhbar The Sun semalam.

Dia yang berusia 39 tahun menyifatkan makanannya sebagai ‘perkhidmatan paling penting’ kerana beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal selepas dua gempa bumi kuat melanda negara tersebut dan Syria  pada 6 Februari lalu.

Angka kematian akibat bencana itu meningkat lebih 35,000 orang semalam, manakala ribuan masih tertimbus di bawah runtuhan dan masa semakin suntuk untuk mengeluarkan mereka.

Dalam pada itu, cef yang dahagakan publisiti itu pernah diselar kerana telatahnya pada penghujung perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Emiriyah Arab Bersatu akhir tahun lalu.

Ketika itu, dia dibenarkan masuk ke padang dan berswafoto bersama bintang Argentina, Lionel Messi serta bergambar dengan trofi kejohanan tersebut.

Salt Bae yang nama sebenarnya Nusret Gokce telah mengatur untuk menghantar dapur bergerak ke zon bencana gempa bumi.

Kemusnahan di Turkiye itu adalah akibat gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter  diikuti dengan gempa kedua bermagnitud 7.7. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker