Jokowi hadir ‘layan’ konsert Dewa 19

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang sekian lama dikenali sebagai peminat kumpulan rock menyertai pengunjung menyaksikan persembahan secara langsung konsert Dewa 19 di pusat Konvensyen di Medan, Sumatera Utara, lapor Asia News Network (ANN).

Dalam rakaman video pendek yang diambil pemain keybord, Ahmad Dhani dari atas pentas, Jokowi dilihat sedang mengikut rentak lagu popular kumpulan itu di tempat duduk manakala isterinya, Iriana menari dan melambai tangan.

Jokowi yang memakai t-shirt lengan panjang warna coklat turut dilihat membacakan lirik lagu Dewa 19 seperti ‘Pupus’ dan ‘Arjuna’.



Kemudian, dalam konsert tersebut, Ahmad Dhani mengarahkan anggota kumpulannya termasuk penyanyi Ari Lasso dan pemain bass, Yuke Sampurna menyambut presiden itu.

Ahmad Dhani adalah pengkritik lantang Jokowi dan merupakan penyokong kuat Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto semasa bekas jeneral itu bertanding jawatan presiden pada 2014.

Prabowo pernah muncul ketika Dewa 19 memulakan jelajah reunion mereka pada minggu lalu di Stadium Antarabangsa Jakarta di Jakarta Utara. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]



Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker