Takwim persekolahan 2023 bermula Mac kekal

KAJANG – Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, pelbagai faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan termasuk kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun susulan musim Monsun Timur Laut dan sela masa yang panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar melanjutkan pelajaran.

“Bulan lain pun ada banjir juga, kita tak nafikan tapi secara umumnya kita tahu di musim monsun kemungkinan berlaku banjir itu tinggi.



Kita lihat dalam konteks pengurusan peperiksaan antara cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menguruskan SPM sewaktu banjir, kadang-kadang menimbulkan banyak perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Slot Khas Tanya DRJ semasa Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, pada Ahad.

Selain itu, beliau berkata, dengan pelaksanaan takwim sedia ada, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang seterusnya momentum pembelajaran pada pelajar berkenaan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu berusaha menukar persepsi masyarakat, pentadbir sekolah dan guru yang melihatnya sebagai “kumpulan datang ke sekolah untuk mencari kesalahan” walaupun situasi itu tidak berlaku.

Beliau berkata, pihak PPD perlu turun ke sekolah untuk mendekati dan memahami masalah dihadapi guru-guru dan pentadbir seterusnya mengemukakan isu berkenaan kepada pihak atasan agar Kementerian Pendidikan dapat meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan.



“Selain itu, kita tekankan juga bahawa PPD ini mesti sentiasa terbuka kepada masyarakat sebab itu minggu ini PPD di seluruh negara boleh pilih satu atau dua hari di hujung minggu untuk melaksanakan Hari Terbuka PPD.

Semua pihak yang ingin berurusan dengan PPD boleh datang, kerana kita ingin menghantar mesej bahawa PPD sentiasa terbuka, apa yang paling penting untuk kita lihat bahawa pendidikan ini sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan dan PPD sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di bawah sana,” katanya.

Beliau berkata, ini membolehkan sebarang maklumat daripada bawah (pentadbir dan guru-guru) dan sebarang polisi daripada pihak atasan (kementerian) dapat dijelaskan kepada seluruh masyarakat. – Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



 

 

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker