Dipukul majikan, pembantu rumah Indonesia diberikan pampasan hampir RM500 ribu
Seorang wanita Indonesia yang dipukul bekas majikannya di Hong Kong dan mengalami melecur diberikan pampasan lebih AS$110,000 (RM476,575) hari ini.
Penderaan terhadap Kartika Puspitasari, 40, menjadi tajuk utama akhbar satu dekad lalu dan mencetuskan protes oleh pembantu-pembantu rumah di Hong Kong.
Majikannya didapati bersalah dan dipenjarakan pada 2013 selepas mahkamah mendengar bagaimana mereka melancarkan kempen keganasan dan memalukan mangsa selama dua tahun.
Dia ditekap menggunakan seterika panas dan dipukul dengan rantai basikal, menyebabkan badannya berparut di samping mengalami trauma.
Keganasan terhadap Kartika hanya didedahkan selepas dia mendapat perlindungan konsulat dan akhirnya pulang ke Indonesia tanpa menerima sebarang gaji.
Hari ini, seorang hakim memutuskan bahawa Kartika dilayan secara tidak berperikemanusiaan dan menganugerahkannya pampasan sebanyak AS$110,650 (RM479,059).
Di kediamannya di Padang, Pulau Sumatera, Kartika menangis apabila menerima berita tersebut menerusi panggilan video.
“Saya tidak dapat menggambarkan kebaikan kamu semua dengan kata-kata,” ujar wanita itu yang berterima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya.
Kira-kira 340,000 pembantu rumah imigran dengan kebanyakan mereka berasal dari Indonesia dan Filipina bekerja di Hong Kong. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)