Benzema, Putellas Pemain Terbaik UEFA

Pemain Barcelona, Alexia Putellas (kiri) bersama penyerang Real Madrid, Karim Benzema selepas diumumkan sebagai Pemain Wanita dan Lelaki Terbaik Tahunan dalam majlis di Istanbul. – AP

ISTANBUL: Karim Benzema dan Alexia Putellas menerima anugerah Pemain Lelaki dan Wanita Terbaik UEFA dalam satu majlis di Istanbul awal pagi tadi.

Penyerang Perancis, Benzema mengetuai Real Madrid mencipta kemenangan mengatasi Liverpool dalam final Liga Juara-Juara dan meledak 15 gol dalam kejohanan itu.

Putellas pula penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Wanita ketika membantu Barcelona mara ke final namun tewas kepada Lyon.

Benzema menerima anugerah berkenaan mengatasi rakan sepasukan, Thibaut Courtois dan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne serta menggantikan bintang Chelsea, Jorginho yang menang tahun lalu.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti (kiri) dinobat Pengurus Terbaik di Istanbul. - Foto AFP
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti (kiri) dinobat Pengurus Terbaik di Istanbul. – Foto AFP

 

Pemain berusia 34 tahun itu meledak hatrik ketika berdepan Paris Saint-Germain dan Chelsea pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan timbal balik separuh akhir berdepan Manchester City.

Dia menemui gawang sebanyak 44 kali dalam 46 perlawanan ketika Real juga menang gelaran Liga Sepanyol.

Putellas, 28, menang anugerah berkenaan buat kali kedua berturut-turut walaupun mengalami kecederaan lutut yang serius menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada Euro 2022.

Dia mengatasi penyerang England dan juara Eropah, Beth Mead, penjaring terbanyak bagi kejohanan berkenaan serta pemain muda Jerman, Lena Oberdorf.

 

Pemain wanita Barcelona, Alexia Putellas menerima anugerah Pemain Wanita Terbaik. - Foto EPA
Pemain wanita Barcelona, Alexia Putellas menerima anugerah Pemain Wanita Terbaik. – Foto EPA

 

Carlo Ancelotti dinamakan jurulatih terbaik bersama Real manakala jurulatih dari Belanda, Sarina Wiegman menerima gelaran jurulatih wanita terbaik selepas membawa England mencipta kejayaan pada Euro di laman sendiri bulan lalu. – AFP

 

Pasukan bertanding pada saingan Liga Juara Juara 2022. - Foto AFP
Pasukan bertanding pada saingan Liga Juara Juara 2022. – Foto AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker