Implikasi cadangan Kor Ming terlalu besar – Khaled

Implikasi cadangan Kor Ming terlalu besar – Khaled

UMNO kekal dengan pendirian menolak cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau berpegang dengan pendirian partinya itu dan bersetuju dengan apa yang telah diputuskan UMNO sebelum ini.



“Saya berpegang dengan prinsip UMNO yang tidak dengan bersetuju (isu Kampung Baru Cina),” katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis “Kick-off” Kajian Separuh Penggal (KSP) KPP di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menolak sekeras-kerasnya cadangan Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Beliau berkata, walaupun tujuannya adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi UMNO berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.



“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.

“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

“Nga Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu,” jelasnya hari ini.

Sementara itu, cadangan Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP kini mendapat bantahan pemimpin Bahagian UMNO yang berpendapat ia tidak sensitif kepada kaum lain terutamanya menggores hati dan menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera. MG



Implikasi cadangan Kor Ming terlalu besar – Khaled

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker