Jamal rakam single bersama dua anak

Jamal rakam single bersama dua anak

Susulan kejayaan anak merangkul gelaran juara musim kedua Famili Duo, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bakal tampil dengan single Tangan Yang Melambai bersama Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.

Jamal sangat teruja dengan projek kolaborasi sulung dengan dua ‘hero’ hidupnya itu.



“Syarikat rakaman anak saya, Rusa Music sudah menetapkan 15 Februari untuk kami membuat rakaman single ciptaan Ezra Kong yang diberi judul Tangan Yang Melambai.

“Kita sama-sama tunggu hasilnya. Insya-Allah, minggu hadapan juga kami akan mulakan penggambaran video muzik single berkenaan,” katanya.

Jamal berkata, lagu baharu itu sudah lama disiapkan, iaitu sebelum kemenangan Yamani dan Zaki di pentas Famili Duo.

Tambahnya, sebagai bapa, beliau sangat bersyukur dan gembira atas kejayaan dua beradik itu.



“Saya tidak jangka mereka boleh berjaya sampai ke tahap itu kerana mereka jarang bersama.

“Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana bidang seni ini dapat menyatukan mereka kembali dan menjalinkan silaturahim, walaupun saya agak jauh daripada mereka, terutama dengan Zaki.

“Namun, kerana seni, mereka dapat menyambung kembali hubungan. Jujurnya, saya sangat gembira,” katanya.

Jamal mengakui program Famili Duo berjaya mencungkil identiti Yamani dan Zaki tanpa terikut-ikut dengan acuan nyanyiannya.



“Alhamdulillah, Famili Duo berjaya melatih anak untuk mencari identiti sendiri dan tidak terikut-ikut dengan vokal saya.

“Apatah lagi, mereka perlu cari identiti sendiri untuk kekal lama. Tidak dinafikan suara anak saya mirip saya.

“Saya ayah mereka, tidak dapat lari (dari aspek vokal). Jadi, agak sukar untuk mereka menanggung persamaan itu,” katanya.

Jamal berkata, Yamani mempunyai kelebihan kerana mampu bermain gitar.



“Kebolehan ini dipercayai mampu membawa Zamani arah yang berbeza dan mencipta identiti sendiri.

“Zaki juga ada kelebihannya sendiri,” katanya.

Jamal juga mengucapkan terima kasih kepada Rusa Music yang memilih dan mencorakkan persembahan dua beradik itu selepas ibu masing-masing yang memberi sokongan.

Menitipkan pesanan, Jamal mahu Yamani dan Zaki ikhlas dalam berkarya, bukan sekadar menyanyi.



“Untuk kekal dalam dunia seni ini, kita harus pandai menyesuaikan diri dan yang paling penting, kerja seni yang kita lakukan biarlah meninggalkan kesan.

“Kalau sekadar menyanyi, ramai yang boleh tetapi untuk terus diingati, sukar. Jadi pesan saya, lakukan sesuatu kerja itu walaupun sekadar rakaman lagu selama dua jam, buatlah dengan penuh penghayatan.

“Ini akan meninggalkan kesan bukan sahaja kepada kita, malah, pendengar. Seperti lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Ahmad Jais dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamal dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin bakal menimang cahaya mata perempuan pada April. Namun, Jamal, masih belum memutuskan nama anak bongsunya itu.



Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura pada 10 Oktober 2019 disusuli bayi lelaki, El Issac Yamani, setahun kemudian.

Pada 22 Februari tahun lalu, Jamal dan Zai Izzat menyambut kelahiran seorang lagi anak, iaitu Iskandar Rayyan Yamani. BH

Jamal rakam single bersama dua anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker