Lelaki mental bakar langsir rumah jiran

Lelaki mental bakar langsir rumah jiran

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki mempunyai masalah mental selepas membakar langsir serta mencucuh puntung rokok pada sofa dan gambar hiasan di rumah jirannya di Taman Bukit Tunku, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan rumahnya dipecah masuk jam 6.04 petang.



“Bertindak atas laporan itu, kami bergegas kelokasi kejadian dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang membakar langsir serta mencucuh puntung rokok pada sofa dan gambar hiasan di rumah jirannya.

“Semakan dilakukan mendapati suspek mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya melaporkan sebarang perbuatan boleh menimbulkan kegusaran dan mengancam keselamatan masyarakat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222,” katanya. HM

Lelaki mental bakar langsir rumah jiran


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker