Benar Atau Mitos? Campuran Air Suam Dengan Lemon Dapat Kurangkan Berat Badan

Sebaran :

Benar Atau Mitos? Campuran Air Suam Dengan Lemon Dapat Kurangkan Berat Badan

MINUM air suam bersama hirisan lemon telah menjadi salah satu kaedah popular kononnya untuk menurunkan berat badan berlebihan.

Malah infused water itu juga dikatakan cukup baik sebagai detoksifikiasi untuk ‘mencuci’ kotoran dalam badan. Tetapi persoalannya betulkah minuman ini benar-benar memberi kesan seperti dikatakan?

Meskipun lemon adalah sumber vitamin C yang cukup baik dan membantu proses pencernaan, namun sayangnya ia tidak membantu menurunkan berat badan. Tanggapan itu hanyalah sekadar mitos.

“Mitos tentang air suam dan lemon mampu memecahkan lemak perlu dihentikan,” kata pakar pemakanan selebriti, Kinita Kadakia Patel di Instagram miliknya.

Sementara itu, campuran hirisan lemon ke dalam air tidak menjadikan ia lebih baik daripada air putih.

Tetapi air lemon dapat dijadikan sebagai minuman rendah kalori bagi menggantikan minuman lain yang berpotensi meningkatkan berat badan.

Sebuah kajian terhadap tikus makmal yang diberi makan berlebihan mendapati antioksidan polifenol dalam lemon secara signifikan mengurangkan penambahan berat badan.

Dalam kajian ini, senyawa antioksidan juga mengimbangkan kesan negatif pada kadar glukosa darah dan meningkatkan rintangan insulin.

Bagaimanapun kajian menyeluruh terhadap manusia perlu dilakukan sebelum mengatakan air lemon dapat menurunkan berat badan.

Pun begitu, minum air lemon dapat membuatkan seseorang terhidrasi dan memberi kesan kepada kulit yang lebih sihat.

Selain itu, vitamin C yang terkandung di dalamnya juga mampu mengurangkan kedutan kulit, kulit kering dan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Benar Atau Mitos? Campuran Air Suam Dengan Lemon Dapat Kurangkan Berat Badan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri


Sebaran :

Leave a Reply