Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri

Sebaran :

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri

TELUK INTAN: Polis berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki warga Indonesia merentas negeri dengan menyorok di bahagian bonet sebuah kereta semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang di sini, hari ini.

Warga Indonesia berusia 18, 32 dan 36 tahun itu ditahan bersama pemandu kereta sewa yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun sekitar pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menahan kereta jenis Perodua Bezza yang dalam perjalanan menghala Hutan Melintang itu selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kereta itu menemui tiga lelaki berkenaan berbaring dalam keadaan berhimpit di bahagian bonet.

“Semakan mendapati lelaki-lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, berdasarkan siasatan, lelaki warga tempatan itu bertindak sebagai pemandu untuk menghantar warga asing berkenaan ke Batu Gajah dengan bayaran RM100 seorang.

Menurutnya, tiga lelaki warga Indonesia itu dikatakan mahu ke Batu Gajah kerana ingin mencari pekerjaan sebagai tukang kebun.

Beliau menambah, keempat-empat lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri yang sah dan tindakan itu merupakan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Katanya, lelaki warga tempatan berkenaan ditahan reman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki membawa dan melindungi warga asing.

“Tiga lelaki Indonesia itu pula direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” ujarnya.

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pengiktirafan UEC suatu pengkhianatan kepada peradaban bangsa dan negara

 


Sebaran :

Leave a Reply