Pesara Tentera Maut Tercampak Jejambat Kerinchi Link

Sebaran :

Pesara Tentera Maut Tercampak Jejambat Kerinchi Link

Pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar batu penghadang di kiri jejambat sebelum dia tercampak dari jejambat setinggi 10 meter di Lebuhraya Kerinchi Link, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa, Alamsah Abdul Rahman, 54, dipercayai datang dari arah pusat bandar raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di kiri jejambat menyebabkan dia tercampak ke susur Lebuh Raya Persekutuan.

“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. –  UTUSAN ONLINE

Pesara Tentera Maut Tercampak Jejambat Kerinchi Link


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri


Sebaran :

Leave a Reply