Sidang Media Ebit Liew, ‘Saya telah difitnah’ [VIDEO]

Pendakwah terkenal, Ebit Lew membuat laporan polis pada Rabu berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini.

Ebit memaklumkan beliau difitnah dalam isu yang tular kebelakangan ini dan akan membuat penjelasana lanjut dalam satu sidang media yang akan dijadualkan dalam masa terdekat.

“Kalau boleh saya tidak mahu balas dari awal saya tidak pernah apa-apa kenyataan, hari ini saya pergi ke balai untuk membuat laporan polis kerana perkara ini sangat mengganggu dan menyedihkan.



“Saya kecewa tentang perkara ini, saya menafikan semua tuduhan yang dibuat dan ia adalah fitnah semata-mata, Wallahi, tiada semua sekali, ia adalah fitnah,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

Ebit memaklumkan dalam laporan polis tersebut beliau menamakan beberapa individu antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri, penyanyi rap Caprice dan beberapa nama lain.

Beliau menjelaskan mempunyai bukti lengkap untuk menyangkal segala tuduhan yang dilontarkan terhadapnya dan menyerahkan kepada peguamnya untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

“Saya serahkan kepada peguam untuk tindakan lanut sama ada akan saman malu atau sebagainya.



Sidang Media Ebit Liew, ‘Saya telah difitnah’

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Catatan Kontroversi Apa Yang Dilakukan ‘Ebit Liew’ Di Gaza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker