ZUS Coffee, jenama tempatan rancang buka cawangan di Filipina

Jenama kopi tempatan, ZUS Coffee merancang untuk membuka sekurang-kurangnya enam cawangan di Manila, Filipina, menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Venon Tian berkata, pada tahun hadapan, pihaknya berkemungkinan membuka lebih banyak cawangan bergantung kepada prestasi pada suku akan datang.

“Kami memilih Filipina sebagai negara luar pertama ZUS Coffee melebarkan sayap disebabkan ia merupakan negara kedua paling besar atau paling pantas berkembang selepas Vietnam.



“Di Indonesia terlalu banyak jenama di sana dan kita tak nak masuk, kemudian ‘berperang’ dengan jenama lain. Begitu juga dengan Thailand dan Vietnam yang sudah ada rangkaian kopi tempatan sendiri.

“Jadi, Filipina adalah pasaran yang masih belum ditembusi dan masih tiada pemenangnya. Ada banyak peluang di sana, malah populasi Manila sendiri adalah sebesar Malaysia. Pelaburan (jutawan Filipina), Frank Lao (dalam ZUS) menjadikan peluang kami untuk berkembang di Filipina lebih senang,” katanya pada Majlis Kampung Buatan Malaysia di sini, hari ini.

Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk bersama-sama membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama cukup hebat seperti jenama antarabangsa.

Kampung Buatan Malaysia juga mendukung jenama tempatan lain yang sedang meningkat naik untuk turut sama berganding bahu memeriahkan acara ini.



Dalam pada itu, bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Venon memaklumkan ZUS Coffee mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu ‘Tarik Series.’

Katanya, ZUS Kopi Teh Tarik dan ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Creme’ ZUS Coffee.

“Ia merupakan satu gabungan rasa tempatan lemak manis yang mengikut citarasa kita,” katanya. HM



ZUS Coffee, jenama tempatan rancang buka cawangan di Filipina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker