Pegawai Muhyiddin mahu SPRM siasat dana PKR dan DAP

Pegawai Muhyiddin mahu SPRM siasat dana PKR dan DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat perbelanjaan pilihan raya PKR dan DAP yang didakwa melibatkan jumlah besar, kata bekas ketua setiausaha sulit kanan perdana menteri sebelum ini, Muhyiddin Yassin.

Marzuki Mohamad berkata, SPRM wajar menyiasat dari mana kedua-dua parti itu mendapat sumber dana untuk membiayai PRU15.



“Lihat sahaja jumlah bendera, poster, pentas ceramah, lori bergerak, sistem audio, iklan, billboard besar dan kecil, kempen di media sosial dan lain-lain.

“Ini tidak termasuk bayaran sewa jet dan helikopter untuk kegunaan Anwar (Ibrahim) sendiri ketika berkempen, juga kos-kos lain yang melibatkan kerja-kerja jentera parti,” katanya di Facebook.

Beliau turut mempersoalkan adakah PKR dan DAP menerima dana daripada ahli perniagaan atau tauke ketika memerintah kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini.

Kenyataan Marzuki hadir selepas SPRM membekukan akaun Bersatu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.



Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Mengulas perkara itu Marzuki berkata, tidak adil jika Bersatu sahaja disiasat kerana dituduh berbelanja besar.

“Elok siasat juga dana pilihan raya BN. Ingat, menteri-menteri BN juga ada dalam kerajaan PN dan perdana menteri selepas PN juga dari BN.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Barulah adil,” katanya. FMT



Pegawai Muhyiddin mahu SPRM siasat dana PKR dan DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker