Geng Mirul Dog pecah rumah tumpas

Geng Mirul Dog pecah rumah tumpas

KUANTAN: Polis memberkas dua buruh binaan ahli “Geng Mirul Dog” yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi di sekitar daerah ini Jumaat lalu .

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kedua-dua lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Balok, di sini pada 6.30 petang oleh sepasukan polis ketika operasi khas sempena Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek aktif melakukan kegiatan terbabit sejak Oktober tahun lalu dengan mengumpil pintu rumah yang tidak berpenghuni pada siang hari.

Katanya, dengan penangkapan itu polis berjaya menumpaskan kumpulan berkenaan sekali gus menyelesaikan lapan kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di Kampung Pandan, Air Putih, Indera Mahkota dan Beserah melibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.

“Polis turut merampas kereta jenis Proton Waja, peralatan pecah rumah, telefon bimbit, komputer riba, jam tangan dan barangan perhiasan wanita. Siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada terdapat ahli geng yang masih bebas diteruskan,” katanya pada sidang media di IPD Kuantan.

Susula tangkapan itu, Zahari berkata pihaknya turut menahan seorang warga emas berusia 71 tahun di sini pada Isnin lalu yang berperanan sebagai pembeli barangan perhiasan wanita daripada suspek.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

Kedua-dua mereka direman hingga 3 Feb ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala warga emas yang dilepaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya mengeluarkan sejumlah 1,115 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Selamat bermula 18 hingga 27 Jan dengan kompaun memandu melebihi had laju mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 226 saman. FMT

Geng Mirul Dog pecah rumah tumpas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker