Antonelli bawa rakan sekelas ke trek menjelang aksi di Imola
Antonelli bawa rakan sekelas ke trek menjelang aksi di Imola

Imola: Kimi Antonelli tidak dapat hadir ke sekolah sejak menjadi pemandu Formula Satu (F1) bersama Mercedes.
Jadi, remaja berusia 18 tahun itu mengambil inisiatif membawa rakan-rakan sekelasnya ke litar sebelum penampilan sulung di tanah airnya, hujung minggu ini.
Pemandu kelahiran Bologna itu teruja untuk berada di rumah sempena perlumbaan di Imola, yang terletak di sebelah timur sepanjang jalan lama Rom, Via Emilia.
Namun, dia bersedia untuk menerima perhatian luar biasa sebagai satu-satunya wakil Itali di litar keramat Ferrari itu.
“Kami berjaya anjurkan ini untuk sekolah,” katanya selepas seluruh kelasnya hadir ke paddock pada Khamis.
“Saya fikir ini cara yang baik untuk mereka lihat sendiri dunia ini dan kami ada beberapa aktiviti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Saya akan tunjukkan kereta dan terangkan sedikit tanpa terlalu mendalam. Ini cara untuk kekalkan hubungan kerana saya jarang berada di rumah, jadi saya jarang berjumpa mereka.”
Antonelli masih berhasrat untuk menduduki peperiksaan Maturita dan sedang berusaha mengejarnya.
“Saya cuba belajar sebanyak mungkin terutama dalam masa terluang yang ada. Pihak sekolah membantu saya untuk cuba kejar semula kerana saya memang banyak ketinggalan,” jelas pelumba rookie itu.
“Tapi bukan mudah kerana ia memerlukan tenaga dan tumpuan. Tambahan pula menjelang hujung minggu penting seperti ini, sangat penting untuk uruskan bahagian itu supaya tak terlalu memaksa diri.
“Tapi bila saya di rumah atau ada sedikit masa rehat, saya cuba buat sedikit supaya kekal aktif dan tak terlalu jauh ketinggalan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
Antonelli yang mengambil tempat juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton selepas perpindahan legenda Britain itu ke Ferrari pada Januari lalu, kini muncul sebagai rookie terbaik musim ini dengan mengutip mata dalam lima daripada enam perlumbaan setakat ini.
Lebih menarik, pemandu muda yang baru sahaja lulus lesen memandunya pada Januari lalu itu sudah mencipta sejarah sebagai pelumba termuda meraih petak utama dalam acara sprint di Miami, selain mencatat pusingan terpantas dan mendahului perlumbaan.
Imola bakal membawa tekanan ke tahap lebih tinggi, lebih-lebih lagi selepas kehangatan kejayaan pasukan bola sepak tempatan, Bologna, menjulang Piala Itali pada Rabu yang juga trofi utama pertama mereka dalam tempoh 51 tahun.
“Hujung minggu ini bakal sangat meletihkan dari segi emosi dan mental kerana perlumbaan di tempat sendiri dengan kehadiran penyokong Itali, keluarga dan rakan-rakan,” kata Antonelli yang mengimpikan podium pertama.
“Hujung minggu biasa pun sudah cukup meletihkan, jadi ini macam dua kali ganda. Sudah tentu saya akan cuba jaga diri. Hakikatnya, saya dikelilingi orang yang sangat menyokong dan banyak membantu.
“Pada masa sama, ia sangat mengujakan. Saya rasa tenaga daripada penonton akan luar biasa dan boleh digunakan untuk beri prestasi lebih baik di litar. Saya benar-benar tak sabar untuk lihat bagaimana kami akan bersaing hujung minggu ini.”
Antonelli bawa rakan sekelas ke trek menjelang aksi di Imola
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.