Kakitangan kesihatan luah kemarahan melalui tinjauan dalam talian, KKM janji akan beri respon

Tinjauan secara dalam talian yang dijalankan hari ini di kalangan kakitangan kesihatan di Malaysia mendapati terdapat rasa tidak puas hati dan kemarahan yang meluas terhadap sistem kesihatan awam ketika ini.

Tinjauan itu melibatkan kakitangan kontrak dan tetap, termasuk doktor senior dan sebilangan kecil pekerja farmasi, doktor gigi, pembantu perubatan, jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan bersekutu.

Laman web berita kesihatan CodeBlue, yang menjalankan tinjauan itu menyatakan bahawa rasa tidak puas hati dan kemarahan tidak terhad kepada pegawai perubatan kontrak yang membantah sistem layanan terhadap mereka tahun lepas.

Sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan 1,652 responden berpendapat sistem penjagaan kesihatan awam negara ini berada dalam “krisis” manakala 73 peratus responden sedang mempertimbangkan untuk berhenti.

Tinjauan itu juga mendedahkan 52 peratus responden berkata mereka akan mengambil bahagian dalam mogok jika ia dianjurkan.

Pada skala sifar hingga empat – dengan sifar sebagai ‘tidak berang” dan empat “berang”, sebanyak 53 peratus menjawab mereka “berang” dengan keadaan sistem kesihatan awam pada masa ini.

Kira-kira 83 peratus juga berkata mereka tidak merasakan kerajaan serius untuk menyelesaikan isu-isu dalam sistem penjagaan kesihatan.

Antara isu lain yang dibangkitkan oleh majoriti responden adalah terlalu banyak masa bekerja, gaji yang rendah, kepenatan dan tidak yakin tentang perkembangan kerjaya mereka.

Kira-kira 25 peratus responden mendakwa menghadapi buli di tempat kerja manakala dua peratus berkata mereka menghadapi gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut laporan Malaysiakini,  bahawa kementerian itu akan memberikan maklum balas terhadap tinjauan itu tidak lama lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker